Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Killerbees. Sebagai manusia biasa yang lemah kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan, jadi pihak Killerbees ingin meminta maaf kepada semua jika ada salah & silap atau terkasar bahasa bila berbicara & perbuatan tak kira didalam egroups, blog, shopp, gathering atau dimana mana sahaja. Di minta ambil yang jernih & buang lah yang keruh.
Kepada ahli Killerbees yang memandu untuk balik ke kampung & menziarah ni nasihatkan supaya memastikan agar keadaan kereta di dalam keadaan sempurna & PANDU BERHATI HATI kalau keta turbo sila pastikan yang boost controller anda sentiasa di dalam keadaan OFF.
Sekali lagi di ucapkan :
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN
******************************************************************************************************************************************
Laporan
Assalammualaikum Killerbees'
Setinggi penghargaan kepada rakan2 yang datang dari jauh:-
KEDAH:-
1. Bob wah wah
2. Hafis ( mazda 626 )
KELANTAN:-
1. Adi ( BG SL5938A )
2. Maizie ( BG ex-harun )
3. mamat... ( Plate DAY210 )
4. matyie TM
5. Syed pian (DAX323)
CENTRAL:-
1. Bob Bh ( sweetie yellow )
2. Lan BH silver ( JEK )
Kepada rakan2 yang menang perlawanan bowling & cabutan no bertuah....tahniah diucapkan..bagi yang tak berjaya tu…nanti kita jupe lagi ditahun hadapan…bagi yang tidak dapat menghabiskan perlawanan bowling tu...kerana kesuntukankan masa..hehehe....buleh lawan lagi tahun depan.....insyaallah…majlis tamat jam 7.40mlm. penutup majlis di Pulau Waman ( Bandar tamadun islam )
On be half Kbs’
Maelantis..
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,
Geng "Killerbees",
Setelah diperkenankan oleh our founder Saudara Azlan & Admin Kbs, you all memang sportinglah...Killerbees East Cost Region telah bersepakat antara region Terengganu, Kuantan & kelantan...bersetuju untuk mengadakan satu program iaitu " Merdeka Gathering 2008" yang berlansung di kuala Trg..Kepada sesape yang berasa dirinya free, awek tak marah, bini bagi green light, kereta stendrd, modified tahap gabang, keter slow, laju,,,,anda semua di jemput hadir bagi memeriahkan program ini...kerana tanpa anda semua... tak akan jalan program seumpama ini....harap2 kita dapat memeriahkan lagi acara yang di aturkan....gathering ini terbuka kepada semua region tak kira dimana jua.,.,,,barat ..timur..utara ..selatan...asalkan guna jentera MAZDA/FORD.
Sila bgtau kepada rakan2 yang tak online *
Tempat : Parking Lot Kompleks Sukan Gong Badak ( Tingkat 2 ada bowling mall )
Tarikh : 30 OGOS 2008 ( Sabtu )
Waktu : 11.00am - 5.00pm ( waktu Rasmi )
Agenda Program :
1. Boot Sale di alu-alukan dari setiap region ( Boot sale kembali lagi )
2. Perlawanan Bowling antara Region ( Insyaallah hadiah akan diusahakan, 1 sponsor by someone ..tq bro..hehe )
3. Kenal2 sesama region untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesame ahli baru & yg sedia ada..
4. Selak bonet kereta antara region...hehehehe...acara panas ni…
5. Sesaper yg nak tgok drag, buleh lah datang...psl mlm tu ada drag kat Lembah Bidong...anjuran kerajaan negeri terengganu..( info dari Lan BG biru )..kemungkinan ada...marilah kita menyokong rakan2 kita yg masuk bertanding.,...
Re-Group :
1. 1st Re-Group kat petronas Rantau Abg - 9.00am - 9.30am
2. 2nd Re-group kat Medan Batu Buruk - 10.30am - 11.00am
Untuk butiran lanjut bulehlah contact :-
1. Maelantis - 012-9457640 ( Dungun )
2. Joe BG - 019-9104740 ( Paka )
3. Danial Lantis - 012-9515645 ( Kerteh/ Kemaman )
4. Lan Bg Kuat - 013-9308894 ( K.Trg )
Terima kasih,
On be half Kbs Trg
maelantis
012-9457640
Sempena bulan Ramadhan pada bulan September ini, pihak Founder & Moderator bercadang mengadakan Killerbees Charity Drive 2008. Dengan berbesar hatinya, pihak Killerbees menyeru semua region Killerbees bersama2 mengadakan Charity Drive di region masing2 dgn menghulurkan sumbangan ke Rumah Kebajikan, Rumah Anak2 Yatim, Rumah Orang Tua mahupun Rumah Orang Miskin, agar kita sama2 dapat membantu mereka2 di bulan yang lebih mulia ini serta dapat menambah pahala.
Sebagai permulaan, Central Region akan mengadakan Charity Drive seperti berikut:
Tarikh : Ahad 14hb September 2008
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-Munirah
Alamat : Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off Jalan Langat , 41200 Klang, Selangor.
Regroup : Kemuning Toll Plaza (KESAS) Jam 9.00 pagi (9.30 bertolak)
Wakil Central Region
1. Azlan Mod : 012-618 8497
2. Kingz : 012-535 1606
3. Zairi : 019-224 2059
Derma & Sumbangan
Pihak "Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-Munirah" menerima apa jua bentuk sumbangan samada berbentuk kewangan atau barangan keperluan. Bagi pihak Killerbees tidak akan menetapkan jumlah derma & sumbangan yang ahli-ahli nak berikan, ianya adalah ikhlas & mengikut kemampuan semua.
Cara untuk Menderma & Memberi Sumbangan
Kepada ahli2 yang berniat untuk menderma & memberi sumbangan, bolehlah menghubungi wakil2 seperti yg tertera atau boleh hadir sama pada hari Charity Drive tersebut dan juga anda boleh serahkan pada Perjumpaan Rasmi Central Region pada:
Tarikh : Sabtu 6hb September 2008
Masa : 10.00 malam
Tempat : R&R Kinrara, Lebuhraya KESAS
Sekian, terima kasih
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Laporan Bergambar