Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Killerbees. Sebagai manusia biasa yang lemah kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan, jadi pihak Killerbees ingin meminta maaf kepada semua jika ada salah & silap atau terkasar bahasa bila berbicara & perbuatan tak kira didalam egroups, blog, shopp, gathering atau dimana mana sahaja. Di minta ambil yang jernih & buang lah yang keruh.
Kepada ahli Killerbees yang memandu untuk balik ke kampung & menziarah ni nasihatkan supaya memastikan agar keadaan kereta di dalam keadaan sempurna & PANDU BERHATI HATI kalau keta turbo sila pastikan yang boost controller anda sentiasa di dalam keadaan OFF.
Sekali lagi di ucapkan :
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN
******************************************************************************************************************************************
Laporan
Assalammualaikum Killerbees'
Setinggi penghargaan kepada rakan2 yang datang dari jauh:-
KEDAH:-
1. Bob wah wah
2. Hafis ( mazda 626 )
KELANTAN:-
1. Adi ( BG SL5938A )
2. Maizie ( BG ex-harun )
3. mamat... ( Plate DAY210 )
4. matyie TM
5. Syed pian (DAX323)
CENTRAL:-
1. Bob Bh ( sweetie yellow )
2. Lan BH silver ( JEK )
Kepada rakan2 yang menang perlawanan bowling & cabutan no bertuah....tahniah diucapkan..bagi yang tak berjaya tu…nanti kita jupe lagi ditahun hadapan…bagi yang tidak dapat menghabiskan perlawanan bowling tu...kerana kesuntukankan masa..hehehe....buleh lawan lagi tahun depan.....insyaallah…majlis tamat jam 7.40mlm. penutup majlis di Pulau Waman ( Bandar tamadun islam )
On be half Kbs’
Maelantis..
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,
Geng "Killerbees",
Setelah diperkenankan oleh our founder Saudara Azlan & Admin Kbs, you all memang sportinglah...Killerbees East Cost Region telah bersepakat antara region Terengganu, Kuantan & kelantan...bersetuju untuk mengadakan satu program iaitu " Merdeka Gathering 2008" yang berlansung di kuala Trg..Kepada sesape yang berasa dirinya free, awek tak marah, bini bagi green light, kereta stendrd, modified tahap gabang, keter slow, laju,,,,anda semua di jemput hadir bagi memeriahkan program ini...kerana tanpa anda semua... tak akan jalan program seumpama ini....harap2 kita dapat memeriahkan lagi acara yang di aturkan....gathering ini terbuka kepada semua region tak kira dimana jua.,.,,,barat ..timur..utara ..selatan...asalkan guna jentera MAZDA/FORD.
Sila bgtau kepada rakan2 yang tak online *
Tempat : Parking Lot Kompleks Sukan Gong Badak ( Tingkat 2 ada bowling mall )
Tarikh : 30 OGOS 2008 ( Sabtu )
Waktu : 11.00am - 5.00pm ( waktu Rasmi )
Agenda Program :
1. Boot Sale di alu-alukan dari setiap region ( Boot sale kembali lagi )
2. Perlawanan Bowling antara Region ( Insyaallah hadiah akan diusahakan, 1 sponsor by someone ..tq bro..hehe )
3. Kenal2 sesama region untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesame ahli baru & yg sedia ada..
4. Selak bonet kereta antara region...hehehehe...acara panas ni…
5. Sesaper yg nak tgok drag, buleh lah datang...psl mlm tu ada drag kat Lembah Bidong...anjuran kerajaan negeri terengganu..( info dari Lan BG biru )..kemungkinan ada...marilah kita menyokong rakan2 kita yg masuk bertanding.,...
Re-Group :
1. 1st Re-Group kat petronas Rantau Abg - 9.00am - 9.30am
2. 2nd Re-group kat Medan Batu Buruk - 10.30am - 11.00am
Untuk butiran lanjut bulehlah contact :-
1. Maelantis - 012-9457640 ( Dungun )
2. Joe BG - 019-9104740 ( Paka )
3. Danial Lantis - 012-9515645 ( Kerteh/ Kemaman )
4. Lan Bg Kuat - 013-9308894 ( K.Trg )
Terima kasih,
On be half Kbs Trg
maelantis
012-9457640
Sempena bulan Ramadhan pada bulan September ini, pihak Founder & Moderator bercadang mengadakan Killerbees Charity Drive 2008. Dengan berbesar hatinya, pihak Killerbees menyeru semua region Killerbees bersama2 mengadakan Charity Drive di region masing2 dgn menghulurkan sumbangan ke Rumah Kebajikan, Rumah Anak2 Yatim, Rumah Orang Tua mahupun Rumah Orang Miskin, agar kita sama2 dapat membantu mereka2 di bulan yang lebih mulia ini serta dapat menambah pahala.
Sebagai permulaan, Central Region akan mengadakan Charity Drive seperti berikut:
Tarikh : Ahad 14hb September 2008
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-Munirah
Alamat : Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off Jalan Langat , 41200 Klang, Selangor.
Regroup : Kemuning Toll Plaza (KESAS) Jam 9.00 pagi (9.30 bertolak)
Wakil Central Region
1. Azlan Mod : 012-618 8497
2. Kingz : 012-535 1606
3. Zairi : 019-224 2059
Derma & Sumbangan
Pihak "Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-Munirah" menerima apa jua bentuk sumbangan samada berbentuk kewangan atau barangan keperluan. Bagi pihak Killerbees tidak akan menetapkan jumlah derma & sumbangan yang ahli-ahli nak berikan, ianya adalah ikhlas & mengikut kemampuan semua.
Cara untuk Menderma & Memberi Sumbangan
Kepada ahli2 yang berniat untuk menderma & memberi sumbangan, bolehlah menghubungi wakil2 seperti yg tertera atau boleh hadir sama pada hari Charity Drive tersebut dan juga anda boleh serahkan pada Perjumpaan Rasmi Central Region pada:
Tarikh : Sabtu 6hb September 2008
Masa : 10.00 malam
Tempat : R&R Kinrara, Lebuhraya KESAS
Sekian, terima kasih
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Laporan Bergambar
Assalammualikum & selamat sejahtera... kepada geng KILLERBEES"
Setelah diperkenankan oleh founder Killerbees, En. Lan mod & Administrator Killerbees,, satu program akan diadakan oleh anjuran Pengurusan Kolej TATI Kemaman, Trg telah menjemput Killerbees Group datang ke pameran diorang pada 09-08-2008 ( sabtu ). Kepada sesiapa yang berasa free, awek tak marah, bini bgi lampu hijau, orang lama, baru nak cari awek ke...orang bru nak join...kereta buruk,, baru,, modified,,stenderd ke..asalkan guna jentera MAZDA/FORD DIJEMPUT HADIR.....jemputan ini terbuka kepada SEMUA region sekiranya buleh datang....jangan segan silu....kita meriahkan lagi program ini Insyaallah.
Kepada group TERENGGANU, kita akan berkumpul di :-
1. Mcdonald Bandar Baru Kerteh - 11.00am - 11.30am ( Firtst regroup )
2. Petronas Bukit Kuang, Kemaman - 1.00pm ( Last Regroup sekali ngan geng Kuantan )
Kepada sesiapa ada kemuskilan buleh lah tel :-
1. Nangtis - 019-9682700 ( KT )
2. Pokya BG - 019-9249079 ( KT )
3. maelantis - 012-9457640 ( Dungun )
4. Sudin lantis - 019-9255950 ( Paka )
5. Danial lantis - 012-9515645 ( Kerteh )
Cu there....
PENTING :- Anda di sarankan pakai baju T-shirt KILLERBEES.. sekiranya ada....x ada pun berehhh no hal...janji keter FORD/MAZDA.. .
Ikhlas,
maelantis
For more pixs pls click below link:
Gambar Mega Gathering 2008
dari kamera Zairi http://killerbees.groups.vox. com/library/ post/6a00e398af9 6dc000400fae8d22 59e000b.html
dari kamera Shuk http://killerbees.groups.vox. com/library/ post/6a00e398b02 3b400010100a7eea 684000e.html
dari kamera Karkazz http://killerbees.groups.vox. com/library/ post/6a00e398b57 a88000500fad69fc c5b0005.html
dari kamera Ard_FordB6T http://killerbees.groups.vox.com/library/post/6a00fae8c5c9fc000b00fae8d23180000b.html
Video dari Ard_FordB6T
http://fordb6t.vox.com/library/video/6a00fae8c5c9fc000b00fad69fd5270005.html
http://fordb6t.vox.com/library/video/6a00fae8c5c9fc000b0100a7eea1fc000e.html
http://fordb6t.vox.com/library/video/6a00fae8c5c9fc000b00fa968e3ea00003.html
http://fordb6t.vox.com/library/video/6a00fae8c5c9fc000b00fa968d9db50002.html
http://fordb6t.vox.com/library/video/6a00fae8c5c9fc000b00fad69fd34c0005.html
ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
Guys,
Seperti yg semua sedia maklum, pelan asal mengadakan Mega Gathering di Cameron Highland tapi tidak mendapat sambutan. Oleh yg demikian, pihak Founder & Moderator telah sepakat & setuju akan mengadakan KILLERBEES MEGA GATHERING 2008 seperti berikut:
Hari/Tarikh : AHAD 3 OGOS 2008
Bertempat : PUTRAJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
AGENDA/ATURCARA:
*Dinasihatkan agar membawa bekalan minuman/makanan utk sendiri/keluarga.
Jam 10.00 Pagi – Berkumpul di Parking Lot Masjid Putrajaya (Presint 8). Diharap semua org dapat menepati masa.
Jam 10.30 Pagi – Bertolak ke lokasi utama Mega Gathering iaitu di Water Sport Centre (Presint 6) untuk seisi Photo shoot & aktiviti bebas bersama keluarga/kawan2.
*for info: http://www.kl-hotels.com/cruisetasik/ & http://www.ppj.gov.my/cpnavigation/general/KolamRenangP6.doc
12.30 T/hari – Bertolak ke Taman Warisan Pertanian (Presint 8) untuk Minum2 & Makan T/hari & seperti biasa ‘bayar sendiri2 lah’
1.30 Petang – Bersurai & pulang ke rumah masing2 lah!!
Dengan besar hatinya, kami menjemput semua kawan2 KILLERBEES di serata region agar dapat hadir bersama bagi menjayakan acara tahunan yg bersejerah ini. Tiada apa2 yang menarik dirancangkan, hanya mengeratkan lagi persahabatan kita yang sedia ada..
Sekian, terima kasih
*************************************************************************************
Laporan KILLERBEES MEGA GATHERING 2008
Jam 9.30am – 7 buah kereta berlepas dari Hentian Rehat USJ melalui ELITE Highway
Jam 10.00am – tiba di Masjid Putrajaya, parking lot sudah dipenuhi dgn jentera Mazda & Ford. Setiap detik masa, kehadiran ahli2 Killerbees semakin bertambah samada secara berkumpulan/persendirian dari merata tempat. Sementara itu, ahli2 mengambil peluang utk berkenalan diantara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa & agama serta acara mengambil gambar. Tiba2 kedengaran bunyi yg sungguh merdu sekali, hasil dari sebuah RX7 Orange (Geng Seremban) hingga menjadi tumpuan segelinap pengunjung yg ada. Hampir keseluruhan parking di Masjis Putrajaya dipenuhi dgn jentera2 Mazda & Ford Killerbees, sehinggakan ada pengunjung luar mengambil kesempatan bergambar dgn jentera2 tersebut.
Jam 11.30am – di dapati parking sudah sesak, lebih 100 buah beb!! So bergerak ke lokasi sebenar iaitu di Water Sport Center (Presint 6) dgn acara konvoi, gila punya panjang!!! Dalam perjalanan ke lokasi tersebut, kedengaran siren polis. Ingatkan Ron210 buat kejutan dgn minta bantuan polis traffic membuat iringan, sekali bukan lah!! part nie yg best, ada member kena marah sebab tak berhentikan kereta!!..hehe..sapa lah org tu yek??
Jam 12.00noon – sampai di lokasi & kereta disusun dgn sebaiknya, sehinggakan tiada ruang bagi org lain utk parking sama. Disini tiada apa aktiviti yg dirancangkan, sekadar sembang2 & photo shoot. Seperti biasalah, photo shoot oleh Jehan serta kamera2 kepunyaan ahli. Ketika ini, 5 kereta dari Perak baru tiba iaitu Azhar, Anip, Ari, Jinggo & Zaki, raspek sama dia org!!
Jam 1.00pm – bergerak ke Taman Warisan Pertanian (Presint 8) untuk makan tengahari & minum2. Dalam perjalanan ke lokasi tersebut, berlaku aksi 2Fast 2Farious hinggakan terbahagi kpd 2 kumpulan & 1 kumpulan tersebut telah sesat, gara2 aksi 2F2F tadi. Ini semua Kingz punya pasal!! Tak pasal2 aku pun ikut sesat sekali…haha…
Jam 1.30pm – sampai di lokasi & masing2 menyerbu gerai2 yg ada. perut dah lapar & tekak pun kering giler, panas beb!!
Jam 2.00pm – tamat lah sudah acara Mega Gathering 2008
Bagi pihak Organzier, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yg sama2 hadir menjayakan Mega Gathering 2008. Bagi kawan2 yg mewakili Northern Region, Southern Region & Eastcost Region, korang memang best!! Walaupun jumlah anda kecil tapi semangat Killerbees anda, memang kami puji. Bagi yg tak dpt hadir pada saat2 akhir, terutamanya buat Founder Killerbees, Saudara Azlan Zakaria & lain2, insyallah tahun hadapan kita akan adakan lagi.
Ini ada sedikit gambar untuk dikongsikan bersama dari kamera aku, semoga terhibur. terima kasih
**************************************************************************************